ilani FM-Pilihan Citarasa Anda

Khamis, 23 Mei 2013

ILANI FM PILIHAN CITARASA ANDA - RADIO INTERNET MASAKINI PILIHAN PENDENGAR

RADIO INTERNET ILANI FM PILIHAN CITARASA ANDA UNTUK PARA PENDENGAR SEMUA..JANGAN LUPA KELIK SAJA ILANIENTERPRISES.BLOGSPORT.COM//FB.TENGKU SAZLAN .PASTI ANDA TERHIBUR BERSAMA DENGAN DJ2 KESAYANGAN DAN PILIHAN CITARASA ANDA....TERUS SETIA BERSAMA UNTUK PENDENGARAN PENYIARAN KAMI KLIK : http://fmraub.wix.com/ilanifm & http://ilanienterprises.blogspot.com/

Isnin, 8 April 2013

LATIHAN BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI

Ramai yang ingin kelihatan hebat dalam berhujah malah ada juga yang cemburu melihat rakan mereka petah berkata-kata di khalayak umum. Saya juga pernah lalui peristiwa seperti itu. Saya tidaklah terlalu hebat hinggakan semua perbahasan saya menang. Perlu diingatkan cuma petua, latihan dan pengalaman menjadi kayu ukuran. Petua yang diberikan hendaklah dilatih supaya anda boleh menjadi kelompok MANUSIA yang berani serta menarik di khalayak umum. Dalam artikel kali ini saya senaraikan peralatan serta perkara berkaitan sebagai latihan bagi membolehkan anda menjadi manusia yang HEBAT di atas pentas. 1. Cermin Bagaimana hendak mengetahui bahasa badan tidak menjengkelkan penonton di atas pentas? Sebaik-baiknya anda hendaklah memiliki cermin ketika latihan yang boleh menampakkan badan anda keseluruhan. Berlatihlah di hadapannya supaya anda selesa kelak. Lihatlah wajah anda ketika bercakap, hayunan tangan, kedudukan berdiri serta pusingan badan. Bahasa badan yang terbaik saya akan huraikan pada artikel akan datang. 2. Nada suara Berlatihlah menggunakan pelbagai intonasi suara. Kelebihan ini akan menarik minat para pendengar untuk menumpukan sepenuh perhatian apa yang ingin disampaikan. Anda sendiri boleh menilai perbezaan senada dengan pelbagai intonasi. Contoh latihan yang boleh digunakan, sebutlah, "Hello, saya adalah hebat di atas pentas" berulang kali menggunakan nada gembira, geram, kecewa, sedih, tiada perasaan dan pelbagai lagi. Perlu terima hakikat, walaupun anda mempunyai isi yang banyak tetapi sekiranya penceritaan yang membosankan membuatkan pendengar jemu untuk mendengar. 3. Idea untuk bercakap Aspek ini memerlukan kerajinan. Keraplah membaca, berbual ataupun memiliki rakan yang suka berhujah. Kita sebenarnya banyak idea di dalam kepala tetapi jarang kita boleh luahkan. Ada satu kaedah latihan iaitu "bercakap tanpa henti"..Bagi yang peramah ini tidak menjadi masalah tetapi mereka yang pendiam harus berlatih. Caranya mudah, fikirkan satu tajuk yang ingin dibentangkan. tetapkan masa untuk bercakap 10 minit bagi latihan pertama. Dalam latihan ini anda dibenarkan mengulang idea yang sama tetapi ayat yang berbeza. Tidak dibenarkan behenti. Jika tiada idea, cakap apa-apa sahaja. Ulangi kaedah ini berkali-kali sehinggalah anda dapat bercakap 10 minit tanpa henti, idea yang berlainan dan munasabah. 4. Topik mengarut Selepas anda berjaya lakukan kaedah di atas, cuba cipta topik mengarut. Untuk awal-awal ini saya senaraikan topik yang boleh dikatakan ngarut, a. Siti NurHaliza jatuh cinta dengan saya. b. Lelaki datang bulan. c. Rozek lelaki paling kacak kat Malaysia. Idea-idea yang mengarut ini sebenarnya mampu menambahkan kreativiti anda ketika berbual. 5. Jenaka vs Serius Perkara ini harus anda mahiri. Setiap daripada penyampai mempunyai karekter masing-masing. Ada yang serius malah ada yang pandai berjenaka. Latihan yang boleh anda lakukan adalah dengan melihat contoh pelawak-pelawak yang berkemahiran seperti Nabil, Pak Nil malah sesiapa sahaja idola anda. Dengar lawak bercerita mereka. Ulangi nada mereka. Kemudian lakukan eksperimen kepada orang lain. Ceritakan kepada mereka lawak tersebut. Jika respon mereka mendukacitakan, berlatih lagi. Cari lawak yang berlainan. Sekiranya anda berjaya, cuba lakukan jenaka bercerita dengan cara sendiri pula. Latihan yang berterusan akan membuatkan ia menjadi tabiat. Contoh untuk latihan serius pula adalah dengan cara melihat ahli-ahli politik menyampaikan hujah mereka. 6. Raut wajah. Ini merupakan senjata yang paling penting. Kaedah ini boleh diaplikasikan di hadapan cermin. Petua untuk raut wajah, SENYUM untuk JENAKA, JEGILKAN MATA untuk SERIUS, KETAPKAN BIBIR untuk GERAM dan sebagainya. 7. Darah gemuruh Ada pelbagai cara untuk mengawal perasaan gementar di khalayak umum. Namun kaedah yang boleh dilatih adalah cara bernafas. Latihan yang boleh digunakan adalah cara TARIK TAHAN. Dalam kaedah ini, cuba tarik nafas dalam kiraan tiga, kemudian tahan nafas dalam kiraan lapan, dan hembus nafas dalam kiraan lima. Pastikan ketika anda menarik dan menahan nafas perut anda DIKEMBANGKAN manakala ketika hembus perut dikempiskan. Lakukan latihan ini sehinggalah anda rasa tenang.

Petua : 7 PERKARA UNTUK MEMBUATKAN SEMUA ORANG SUKA KEPADA KITA

1. Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain. HUKUM ECHO iaitu seperti apabila kita laungkan di dalam sebuah gua ” AKU SUKA PADAMU” Kemudian anda akan dengar gema yang berulangkali yang menyatakan AKU SUKA PADAMU>>>AKU SUKA PADAMU…… Begitulah prinsip yang sama anda akan perolehi bila dengan ikhlas anda memuji orang lain.
 2. Tersenyumlah - Orang lain sebenarnya adalah CERMIN bagi anda. HUKUM CERMIN adalah apa yang anda suka orang lain lakukan pada anda, lakukanlah perkara tersebut kepada mereka. Senyumlah , nescaya mereka juga akan tersenyum pada anda. Bila ada perasaan benci dalam diri anda, orang yang akan anda temui di sekeliling anda pasti orang yang tidak akan menyukai diri anda. Ini suatu keadaan telepatik di mana anda telah melahirkan satu tenaga gelombang yang dijanakan oleh hati anda kepada minda sedar dan kemudian menuju kepada minda bawah sedar. Jika tenaga ini positif, anda akan menarik pesekitaran yang positif dan begitulah sebaliknya. Pilihan di tangan anda! 3. Sebut nama seseorang. Alunan irama yang paling indah dan merdu ialah apababila seseorang itu disebut namanya. Oleh itu , apabila berbual dengan seseorang selalu-selalulah menyebut namanya… nescaya anda akan disukai.
 4. Jadilah pendengar yang baik – seseorang memang suka menceritakan tentang dirinya, pendapat dan pandangannya, rintihan dan keluh kesahnya dan pelbagai lagi. Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah pinjamkan telinga anda mendengar dengan penuh perhatian dan minat yang mendalam. Kesannya ialah mereka akan mengikuti apa yang anda akan perkatakan nanti.
5. Berceritalah pada apa yang disukai dan diminat oleh seseorang. Apabila seseorang merasakan mempunyai minat yang sama mereka secara tak langsung akan berminat dengan anda. Walaupun orang yang baru anda kenali, mereka akan mudah berasa mesra dengan anda seolah-olah anda kawan rapat mereka. Jangan terkejut jika mereka dengan mudah mencurahkan hal peribadinya!kerana mereka menaruh kepercayaan pada anda. Tapi jangan sesekali anda mengambil kesempatan.
 6. Buatlah seseorang berasa penting dan dihargai- sememangnya tiap-tiap orang adalah unik dan istimewa. Mereka ada kelebihan masing-masing. Jadi jangan sesekali memperlekehkan orang lain . Jadikanlah mereka orang PENTING!
7. Jangan sesekali anda bercakap besar. Seseorang nanti akan berpura-pura suka pada anda dan lama kelamaan anda akan dipinggirkan. terima kasih yang sudi berkongsi bersama.